Suruhanjaya siasatan "berdaya tinggi" diperlukan untuk mengetengahkan isu kegiatan samseng melibatkan Pemuda India, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, suruhanjaya yang patut melibatkan pelbagai sektor masyarakat Malaysia itu diperlukan untuk mengetengahkan sebab dan penyelesaian untuk masalah itu.

"Masalah gangsterisme di kalangan pemuda India bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, ekoran fakta bahawa jenayah melibatkan pemuda India tidak selari dengan kadar peratusannya dalam populasi berbilang bangsa rakyat Malaysia," katanya dalam meja bulat parlimen semalam.

Tambahnya, masyarakat India telah dipaksa keluar daripada estet ke lapangan kerja dengan produktiviti rendah di kawasan bandar.

Lim berhujah lagi, tindakan meletakkan mereka dalam kitaran ganas sosio-ekonomi mengakitbatkan fenomena gangsterisme menjadi sangat serius.

"...perkara ini diburukkan lagi oleh kemiskinan dan peminggiran sosio-ekonomi dan pendidikan yang lama serta diskriminasi," kata anggota parlimen Ipoh Timor itu.

[Baca berita penuh]