Edisi ke-25 Anugerah Kewartawanan Shell Kenyalang, tahun depan akan melibatkan kategori berita bahasa Iban tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan, kata Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Shell
Frank Saing.
Katanya, cadangan melalui Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) itu berikutan bahasa Kadazandusun telah lama diberikan pengiktifaran oleh Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu, sejak beberapa tahun lalu.
"Saya akan mengarahkan eal ehwal korporat untuk menbuat kajian tentang kemungkinannya dan juga bagaimana ia dilakukan di Sabah bagi kategori Kadazandunsun," katanya pada majlis Anugerah Kewartawanan Shell Kenyalang di Kuching, malam tadi.
Turut hadir Presiden FSJA, Sulok Tawie, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Alice Wee, Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Caroline Jackson dan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Resat Salleh.
Bagaimanapun Saing berkata, kategori itu tertakluk kepada jumlah penyertaan yang dihantar agar ia berbaloi untuk diperkenalkan.
Sementara itu, wartawan Bernama Hamdan Ismail mememangi hadiah tempat ketiga kategori Anugerah Kewartawanan Kesihatan, laporan dalam Bahasa Malaysia bertajuk 'Klinik Bot 1Malaysia Atasi Kesukaran Penduduk Tinggal Di pinggir Sungai'.
Beliau juga memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Laporan Berita (Bahasa Malaysia) bertajuk 'Masa Depan Penghuni Rumah Panjang'.
Akhbar Bahasa Inggeris terkemuka di negeri ini, The Borneo Post dan akhbar Bahasa Melayu tempatan, Utusan Sarawak mendominasi hadiah utama pertandingan dengan wartawan Ting Tieng Jee dan Othman Ishak masing-masing memenangi hadiah pertama kategori Laporan Sukan Bahasa Inggeris dan Anugerah Fotografi.
Wartawan Borneo Post, Joanna Yap Yew pula memenangi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar, Doreena Naeg (Kewartawanan Kesihatan), manakala Chai Li Tiing (Kewartawanan Bisnes dan Ekonomi).
Utusan Sarawak menerima hadiah utama melalui Awang Mohamad Kushairy (Anugerah Fotografi), Haini Darani bagi kategori Alam Sekitar dan Anugerah Kewartawanan, manakala, Norliza Tinggal (Kewartawanan Kesihatan) bagi kategori Bahasa Melaysia.
Pemenang lain ialah, Steve Annuar dari Utusan Borneo (Laporan Berita Melayu), Shirley Liaw Yee Chieh (United Daily News) (Laporan berita Cina), Puvaneswary Devindran dan Zora Sharon Chan Mei (The Star) (Laporan berita Bahasa Inggeris).
Sudan Ajang dari Utusan Borneo memenangi kategori Laporan Sukan Bahasa Malaysia, Chu Mei Hui dan Chong You Kiat (United Daily News) bagi kategori Laporan Bahasa Cina dan Tan Siok Siok (United Daily News) bagi kategori fotografi akhbar Cina.
Choo Chiew Lin (International Times) kategori (Kewartawanan Alam Sekitar Cina), Ho Lee Peing (Sin Chew Daily) (Kewartawanan Kesihatan Cina), Lee Chin Guan (International Times) (Kewartawanan Cina) dan Zora Sharon Chan Mei Ching (The Star) (Kewartawanan Inggeris).
Wartawan Berita Harian Hifzuddin Ikhsan memenangi kategori Laporan Bahasa Malaysia dan Chin Sau Leong (International Times) Laporan Bahasa Cina bagi Kategori Bisnes dan Ekonomi.
Sementara itu, Araffie Igat dari TV3, menerima empat hadiah merit kerana penyertaan dalam kategori penyiaran bagi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar, Kewartawanan Kesihatan, Kewartawanan Bisnes dan Ekonomi serta Anugerah Kewartawanan.
Edisi ke-24 Anugerah Kewartawanan Shell Kenyalang tahun ini, menyaksikan penyertaan seramai 250 permohonan dalam lapan kategori dengan setiap pertandingan terbahagi kepada tiga bahasa iaitu Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina.
- Bernama
