Walaupun program "bersama rakyat" beliau di Kedah kelihatan seperti temasya parti politik, Pengerusi Bersama BERSIH menolak perkara itu dengan berkata "kami bukan ahli politik".

"Kami tidak berjuang untuk BN atau Pakatan Rakyat. Kami berjuang untuk kami. Kami mahu undi kamu bermakna. Kami mahu pastikan mereka tidak curi nilai undi kami.

NONE "Sesiapa saja yang berkuasa, kita patut boleh menolak kembali dalam tempoh lima tahun sekiranya tidak bagus.

"Kita juga mahu kerajaan menyokong BERSIH. Sudah 55 tahun, antara yang paling lama memerintah di dunia ini. Ini masanya ahli politik mesti bertanggungjawab."

Hujan yang mencurah di Padang Serai gagal menyuraikan kira-kira 1,000 orang yang hadir dalam acara BERSIH semalam, diketuai oleh Ketua Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan NGO tempatan.

[Baca berita penuh]