Penjelasan Jabatan Audit tentang jambatan RM20 juta
Jabatan Audit Negara menjelaskan, laporannya tidak menyatakan bahawa Jabatan Kerja Raya Sarawak "lupa" untuk menghubungkan jambatan RM20 juta ke kampung berdekatan.
Dalam surat kepada Malaysiakini , jabatan itu menjejaskan, laporan itu hanya menyebut bahawa Jabatan Kerja Raya "tidak mencadangkan" jalan penghubung itu.
Jabatan itu merujuk kepada laporan
Malaysiakini
pada Jumaat lalu berhubung penilaian Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek Jambatan Batang Strap di Sri Aman.
Pekan Pantu merupakan kampung terdekat dan memerlukan pembinaan jalan, tidak kurang daripada 10km, untuk menghubungkan kampung itu ke jambatan yang dibina.
Laporan audit menyebut, jambatan itu melintas ke seberang sungai yang dipenuhi belukar, menyebabkannya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.
Laporan Malaysiakini mentafsirkan laporan itu bermaksud, jalan penghubung ke kampung itu "dilupakan", tetapi Jabatan Audit Negara tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan itu.
Nota editor: Kami kesal dengan kesilapan itu.

