BERITA

Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Okt 2012, 2:48 tengahari

dikemaskini Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, artikel itu merujuk kepada Liu, sebagai orang yang menghalang pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong, yang digambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Dr Mohamad Khir berkata beliau turut memohon maaf kepada Liu kerana mendakwanya terlibat dalam kegiatan seumpama itu, yang mana ia adalah tidak benar sama sekali.

"Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan Liu mengalami kesusahan akibat penyiaran artikel itu dan saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadapnya seperti mana terkandung dalam artikel serta memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau," kata Dr Mohamad Khir.

Kedua-duanya dilihat berjabat tangan selepas selesai prosiding.

NONE Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Liu

memaklumkan kepada mahkamah terdapat satu penyelesaian dalam kes yang dihadapi anak guamnya di mana Dr Mohamad Khir, selaku defendan akan memohon maaf kepada Liu dengan membaca kenyataan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Gobind Singh berkata kenyataan permohonan maaf itu akan diedarkan kepada pihak media dan memohon supaya tiada kos ditetapkan oleh mahkamah.

Semalam, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008 itu setelah terma penyelesaian dipersetujui oleh mereka.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.

Sementara itu Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M. Athimulan, ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai permohonan maaf yang dibuat terhadap Liu kerana semuanya telah dinyatakan di dalam mahkamah.

Liu, bagaimanapun berkata beliau menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Dr Mohamad Khir walaupun kenyataan Dr Mohamad Khir dalam artikel sebelum ini telah menyebabkan reputasinya terjejas.  

"Kalau kita boleh maafkan orang, kita maaf sahajalah," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.