RM3 juta untuk SMJK (C) Jit Sin II bukan helah p'raya
BN Pulau Pinang telah mengumumkan tambahan sumbangan RM3 juta untuk tabung bangunan sekolah jenis menengan kebangsaan Cina SMJK (C) Jit Sin II di Bukit Mertajam.
Pengerusi Gerakan negeri, Dr Teng Hock Nan berkata pengumuman itu adalah "berita baik" untuk semua rakyat Pulau Pinang, terutama mereka yang tinggal di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Teng berkata wakil BN negeri bertemu dengan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu pada 11 Oktober dan keputusan dibuat untuk menyumbang dana daripada kerajaan pusat BN.
Sebelum ini, kerajaan menyumbang RM1 juta kepada tabung tersebut, manakala jumlah semasa adalah RM4 juta yang merupakan 13.4 peratus daripada jumlah kos pembinaan, sebanyak RM30 juta.
"Ini menunjukkan keikhlasan BN dalam membantu semua sekolah. Malah, kami mengumumkan dana ini sebelum kebenaran perancangan sekolah dan pelan bangunan diluluskan," kata Teng dalam satu sidang akhbar hari ini.
SMJK (C) Jit Sin II adalah sekolah menengah Cina yang pertama di Seberang Perai dan ia diberi permit pada bulan Februari.

