Malaysiakini BERITA

'Bekir belanja RM782,520 dalam 6 bulan guna kad caj'

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib -  anak kepada ketua menteri Sarawak - membelanjakan tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

NONE Seperti episod siri popular TV 'Lifestyles of the Rich and Famous' , bil

terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan perbelanjaan itu dibuat di kedai-kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank, yang menunjukkan perbelanjaan sejumlah RM782,520.55 dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai pengenalan.

Ia juga mendedahkan bahawa Bekir (kanan) mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank tersebut.

Pendengaran hari ini juga menyaksikan Bekir hadir di mahkamah selepas tidak hadir dalam dua prosiding sebelumnya.

Ini telah didedahkan hari ini oleh bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, yang memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan tersebut.

Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah.

Dokumen-dokumen tersebut diperolehi ekoran perintah ex-parte yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada awal tahun ini, supaya semua akaun dan aset Bekir - sama ada di dalam atau di luar negara - dikemukakan di mahkamah.

Ini ekoran Bekir tidak mengemukakan butiran tersebut sepertimana yang dikehendaki untuk menyelesaikan kes penceraian mereka yang sudah lama berlarutan.

Dalam pendengaran 2 Oktober lalu, Shahnaz telah memberi keterangan mengenai kira-kira RM700 juta dalam akaun asing di bawah nama Bekir di Amerika Syarikat, negara Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.

Bekir, seperti yang didakwa oleh Shahnaz, bernilai lebih RM1 bilion.

[Baca berita Penuh]