BERITA

Suaram: Siasat 298 kes tembak mati oleh polis

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Okt 2012, 3:45 pagi

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis menyiasat setiap satu kes daripada 298 kes pembunuhan extra-judiciary oleh pihak polis sejak 2007 atau lebih banyak insiden sebegitu akan berlaku.

Memetik jawapan Parlimen mengenai perkara itu, Penyelaras Suaram R Thevarajan berkata, dalam kes yang dikendalikan mereka, kebanyakan ahli keluarga terpaksa "ke hulur ke hilir untuk mencari keadilan".

"Kenapa ahli keluarga mangsa perlu ke hulu ke hilir untuk mendesak kerajaan bagi ambil tindakan?

"Berapa banyak memorandum perlu dikemukakan sebelum tindakan yang bermakna akan diambil?" kata Thevarajan.

Selain itu, beliau berkata lagi, bukan menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mencari jawapan kerana setiap kematian secara automatik perlu disiasat.

"Satu siasatan menyeluruh dan terbuka diperlukan untuk membuktikan ketelusan dan kredibiliti pihak polis dalam mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang berdegil," katanya lagi.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis menembak mati 298 "penjenayah" antara Januari 2007 hingga Ogos 2012, termasuk 134 warga Indonesia.

[baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.