Beberapa pendedahan "skandal swasta" menunjukkan kegagalan pentadbiran BN yang didakwa membiarkan amalan itu, sekali gus menggalakkan kelakuan awam yang buruk, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

dap kl convention 141012 lim guan eng "Dengan membenarkan skandal swasta untuk mengatasi dasar awam, pentadbiran BN telah gagal," kata Lim ( kanan ).

"Beberapa pendedahan skandal sudah membuktikan bahawa kerajaan BN bukan sahaja membiarkan skandal swasta tetapi menggalakkan kelakuan awam yang buruk."

Lim juga membariskan semula beberapa dakwaan skandal, termasuk kerugian Bank Negara pada 1992 dan 1993, kes National Feedlod Corporation (NFC), dakwaan kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan kenduri mega Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Lim berkata, peraturan asas dalam pentadbiran cekap dan bersih adalah perumusan dan pelaksanaan dasar awam yang memanfaatkan rakyat dan negara.

"Skandal swasta yang membabitkan soal integriti dan kelakuan moral tidak harus melanggar atau mempengaruhi dasar awam sehingga menjejaskan kepentingan negara," katanya.

Lim juga berkata, DAP mencadangkan enam ujian integriti untuk membanteras rasuah melalui pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender terbuka dan melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, tambahnya, kerajaan juga perlu melindungi pembocor maklumat yang tulen, menggugurkan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah dan bersikap telus tentang sumbangan politik.