Majlis Peguam menerima Anugerah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia 2012 sempena sambutan hari pertubuhan itu ke-67 di Kuala Lumpur semalam, kerana sumbangannya memajukan pendemokrasian dan hak asasi manusia sejak 66 tahun lalu.

Memfokuskan kepada demokrasi dan pembangunan, anugerah tahun ini turut mengenangkan sumbangan mendiang aktivis sosial dan bekas pensyarah Antropologi dan Sosiologi Universiti Sains Malaysia (USM) Khoo Khay Jin, yang meninggal dunia akikat barah pada Disember 2011.

Jasa Khoo dikenang kerana usaha beliau untuk membasmi kemiskinan di Sabah dan Sarawak dengan membantu memperbaiki peluang pekerjaan dan kesaksamaan, seperti mana sumbangan beliau mendemokrasi dan membangunkan negara.

Anak lelaki Khoo, Wu Chen menerima anugerah tersebut bagi pihaknya, manakala Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menerima bagi pihak majlis berkenaan.

Sebelum ini, pihak yang pernah menerima anugerah itu sejak 1998 termasuk Marina Mahathir, Razali Ismail, Dr Raj Abdul Karim, the Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia.

[Baca berita penuh]