DAP Sarawak hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula rancangan pembinaan 13 empangan di Sarawak ekoran kegagalan industri berteknologi tinggi di kawasan perindustrian Samajaya di Kuching.

"Kerajaan negeri patut mengkaji semula rancangannya, bukan kerana alam sekitar atau urusan pampasan dengan Orang Asli, tetapi atas alasan ekonomi," kata Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

1st silicon factory 161204 "Industri empangan mungkin nampak baik untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi terlalu banyak penumpuan terhadapnya sangat bahaya untuk pembangunan ekonomi kita."

"Kerajaan sekarang terlalu bergantung kepada satu-satu perkara dengan menyuntik RM15 bilion kepada projek empangan untuk menjana elektrik yang akan dijual kepada loji peleburan."

Chong yang juga anggota parlimen Bandar Kuching dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa mengulas laporan berkaitan penutupan Sanmina-SCI Corporation di Samajaya.

[Baca berita penuh]