Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) mencabar Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia membuat perbandingan data berhubung projek loji rawatan air Langat 2 yang dipertikaikan.

Menteri besar Selangor itu bertanya, sekiranya beliau dapat membuktikan teknologi membran lebih baik, adakah kerajaan persekutuan akan menerimanya.

khalid ibrahim selangor water "Adakah menteri akan setuju untuk ketepikan projek (Langat 2) itu?" tanya Khalid dalam soalan tambahan semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid berkata, beliau sebelum ini sudah menulis surat berhubung perkara itu tetapi mendakwa belum mendapat jawapan.

Beliau mencelah ketika Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]