Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat MP Serdang dipecah, komputer hilang
Diterbitkan:  Oct 31, 2012 5:41 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Pusat khidmat wakil rakyat anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching di Balakong dipecah masuk malam tadi menyebabkan sebuah mesin pencetak dan komputer hilang.

Bagaimanapun, Teo agak pelik apabila pencuri itu tidak menyentuh wang RM400 yang disimpan dalam laci.

NONE Dalam kenyataannya hari ini ini, Teo ( kanan ) berkata, kakitangan pejabat itu yang diperkenalkan sebagai "Loh" menyedari perkara itu ketika tiba di tempat kejadian pada 10.45 pagi tadi.

Justeru, Teo yang juga timbalan setiausaha publisiti DAP mengesyaki insiden itu berlaku antara malam tadi dan pagi ini.

"Kami sudah membuat laporan polis dan kami berharap polis dapat bertindak," katanya.

Teo berkata, kejadian itu jenayah terbaru yang menimpanya dalam tempoh empat bulan selepas dirompak pada 13 Julai lau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS