Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) bahawa kerajaan Pakatan Rakyat memanipulasikan perakauan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Katanya, tuduhan itu tidak bertanggungjawab, tidak benar dan memperkecilkan keupayaan Ketua Audit Negara dan kakitangan awam yang bekerja keras menyediakan laporan dengan penuh tertib dan profesional.

anwar speech at sungai besi 281012 khalid ibrahim "Walaupun terdapat isu yang boleh dilaporkan dengan baik terutama isu TAWAS dan Unisel, kerajaan negeri berpendapat keseluruhan laporan tersebut tidak patut dipersoalkan," katanya.

Khalid berkata, penyata kewangan Selangor disediakan mengikut piawaian perakaunan kerajaan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN), selaras dengan International Public Sector Accounting Standards - Financial Reporting Under the Cash Basis Accounting.

Selain itu, tambahnya, sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunapakai oleh Selangor adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh JAN untuk semua kerajaan negeri.

Khalid berkata, laporan itu jelas menyatakan penyata audit kewangan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama dan rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.