Bawa saya ke mahkamah, Nazri cabar Rafizi
Diterbitkan: Nov 5, 2012 1:00 PM | Dikemas kini: Nov 5, 2012 1:27 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan hubungan anaknya dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia.
Nazri (kiri, dalam gambar), seperti yang dilaporkan oleh
Sinar
Harian,
memberitahu Rafizi mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menurutnya, pengarah strategi PKR itu begitu yakin mempunyai bukti yang membuktikan anaknya, Nedim Mohd Nazri (kanan dalam gambar), menggunakan kereta yang dimiliki oleh Chia.Rafizi telah memaklumkan kepada media bahawa beliau akan membuat laporan terhadap Nazri di SPRM petang ini.
[Baca berita penuh]

