Siasat Suaram: ROS panggil Maria, presiden Majlis Peguam
dikemaskini Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan aktivis BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee untuk membantu siasatan terhadap NGO hak asasi manusia, Suaram.
Bagaimanapun arahan itu membingung mereka kerana mereka tidak
terlibat dengan NGO tersebut.
Maria (kiri), seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH berkata, surat itu dihantar ke pejabatnya petang Jumaat lalu.
Lim pula menerima surat hari ini, apabila dua pegawai datang ke firma guamannya Skrine.
Maria tidak ada di pejabatnya pada masa itu, maka surat lain telah difakskan ke rumahnya hari ini.
Maria memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan ahli Suaram, walaupun beliau menyokong tindakan dan aktiviti NGO tersebut.
Siasatan tersebut nampaknya dikaitkan kepada laporan yang berasal dari Muar, Johor, terhadap Suaram.
"Saya bingung Saya bertanya sama ada nama saya disebut dalam laporan itu dan mereka jawab 'Tidak'. Saya bukan ahli Suaram dan saya tidak tahu mengapa mereka memerlukan kenyataan saya.
"Saya hanya diberitahu oleh ROS untuk menghadiri mesyuarat yang dijadualkan pada hari Rabu. Bagaimanapun, saya telah meminta ia ditangguhkan hingga Jumaat di pejabat mereka di Putrajaya."
Surat itu sama dengan yang diterima oleh Lim (kiri), yang
menyatakan bahawa siasatan itu berkaitan rasa tidak puas hati pengadu terhadap Suaram.
Berikutan itu, ROS memerlukan mereka memberi kenyataan dan kehadiran mereka perlu untuk membantu penyiasatan.
ROS menyebut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dalam mengarahkan Maria dan Lim untuk memberi kenyataan mereka.

