Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane semalam.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.

Najib menjadi anggota Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah anggota Parlimen Marang.

-Bernama

ADS