Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bilangan mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,327 orang berbanding malam tadi 1,273 orang, manakala di negeri Melaka dan Perak kekal dengan masing-masing 90 dan 22 orang mangsa banjir.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan daripada 160 kepada 120 orang setakat pukul 9.52 pagi ini.

Di Selangor, sebanyak 340 keluarga terlibat dengan tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu empat di Kuala Langat dan tiga di Sepang, manakala di Melaka, hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Jasin yang menempatkan 19 keluarga.

Di Johor, sebanyak 29 keluarga terlibat dengan dua pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat, manakala di Perak lima keluarga terlibat dengan satu pusat pemindahan dibuka di Manjung.

Sementara itu, menurut portal Jabatan Saliran dan Pengairan, paras air di dua sungai utama di Selangor iaitu Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Kuala Badong telah melebihi paras amaran dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut diminta berjaga-jaga.

- Bernama

ADS