Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid, mencabar pihak berkuasa kerajaan negeri Kedah untuk membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam usaha sama pembalakan dan perladangan yang gagal di Papua New Guinea (PNG).           

NONE Projek yang gagal itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan bahawa sebuah agensi di bawah Menteri

Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan itu pada Mac tahun lepas.

    

Mereka telah menyebut tentang penyelewengan dalam projek itu.

    

Agensi itu telah membeli 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated Ltd dengan harga RM31.21 juta untuk memajukan dua kawasan meliputi 114,429 hektar di PNG manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti itu.

    

Ketika menyatakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang berlaku hingga mendorong kepada penubuhan usaha sama itu dan kegagalannya, Abdul Manaf, Pengerusi Eksekutif MAS Incorporated, berkata beliau hanya mahu menceritakan apa yang beliau tahu tanpa sebarang agenda politik.

    

NONE Beliau mendakwa bahawa sebagai seorang rakyat negeri Kedah,

beliau telah mencadangkan usahasama itu kepada agensi itu agar ia boleh meraih pertukaran asing.

    

"Tiada langsung penyelewengan dalam projek itu. Projek itu ada, kelulusan ada, termasuk kelulusan alam sekitar, semua perjanjian dilaksanakan hingga 2031. Apa yang diperlukan hanyalah wang untuk memulakan projek.

     

"Hingga ke hari ini, saya masih memegang projek itu, tanah itu masih dipajakkan di bawah nama saya selama 99 tahun dan syarikat saya memiliki 100 peratus projek itu sejak agensi itu menarik diri," kata Abdul Manaf kepada Bernama hari ini.

     

Kata beliau, sebab-sebab utama berlakunya kerugian seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu ialah ketidakupayaan kewangan agensi itu dan pengurusannya yang lemah.

     

Abdul Manaf berkata pembentangan mengenai projek PNG itu dibuat kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah pada Ogos 2008 termasuk anggaran kos yang terlibat.

    

Malah, wakil-wakil agensi itu telah berkunjung ke PNG selama seminggu untuk melihat kawasan projek itu sebelum perjanjian jualan saham dan kerjasama perniagaan ditandatangani dua bulan kemudian.

    

NONE Di bawah perjanjian usahasama itu, agensi berkenaan akan

menyumbang RM3 juta sebagai kos pra-operasi sebelum pokok-pokok boleh ditebang.

    

"Mereka (pemilik tanah PNG) beri kami tanah (dan pokok), kami bayar balik melalui pembangunan (memulakan penanaman kelapa sawit)," kata Abdul Manaf, sambil menambah bahawa beliau menerima kelulusan awal untuk menebang dan mengeksport kayu dari 5,000 hingga 7,000 hektar daripada keseluruhan 42,140 hektar di satu kawasan.

    

"Ini adalah peluang yang sangat baik kerana ini adalah pokok dari hutan dara dan PNG adalah antara segelintir negara yang membenarkan eksport kayu balak.

    

"Pokok-pokok itu boleh menjana pendapatan berjumlah kira-kira RM19.8 juta dalam tempoh dua setengah tahun tetapi malangnya, agensi itu tidak mempunyai dana untuk membeli jentera bagi pembalakan dan membina prasarana asas.

    

Beliau mendakwa bahawa agensi itu malah memungkiri pembayaran jumlah penuh kos pra-operasi kerana ia hanya menyumbang RM1.87 juta, dan ini menyebabkan beliau, sebagai pencadang projek itu, menghadapi masalah dengan pemilik tanah dan kerajaan PNG.

    

"Saya diminta menyingkirkan agensi itu sebagai rakan kongsi saya dalam projek itu. Saya didenda dan ditegur oleh kerajaan PNG kerana tidak memulakan pembalakan itu," jelasnya.  

    

Abdul Manaf mendakwa, malah agensi itu pernah mengatakan ia mahu memiliki 100 peratus projek itu, tetapi tidak meneruskan hasratnya itu.

    

Setahu beliau, sebagai penggerak utama projek itu, agensi berkenaan hanya membelanjakan RM3.9 juta dalam tiga tahun, dan bukan RM13 juta seperti yang didakwa oleh agensi itu.

     

"Jumlah komitmennya di PNG ialah RM1.87 juta (dalam bentuk kos pra-operasi) dan RM1.2 juta dalam bentuk bayaran muhibah, serta bayaran rencam yang lain.

    

"Bayaran terakhirnya ialah pada Februari 2010; saya ada semua dokumen itu," kata Abdul Manaf, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mengembalikan bayaran muhibah berjumlah RM1.2 juta itu kepada agensi berkenaan kerana ia (agensi itu) telah menawarkannya kepadanya kerana mendapatkan projek itu bagi kerajaan negeri Kedah.

    

Abdul Manaf juga merujuk kepada tuntutan sebanyak RM1.4 juta daripada agensi itu sebagai komisyen bagi pinjaman luar negara di London, sambil berkata beliau tidak akan membayarnya kerana beliau bukanlah sebahagian daripada perjanjian pinjaman itu.

    

- Bernama

ADS