Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perarakan Himpunan Hijau sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai seorang selebriti yang merupakan pelakon komedi Singapura, Tay Yin Yin yang dilahirkan di Kuantan.

NONE Tay, yang membintangi filem-filem Singapura Where Got Ghost dan

Ghost Must be Crazy

, dijadualkan menyertai perjalanan tersebut sama ada esok atau hari  berikutnya.

Menurut Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, Tay merancang untuk bersama-sama dengan kumpulan itu sepanjang perjalanan hingga ke Parlimen. Mereka dijangka tiba pada 26 November.

Perjalanan itu yang bermula semalam, adalah satu bentuk bantahan terhadap keputusan membenarkan operasi kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, yang terletak di utara Kuantan.

Lee berkata perarakan tersebut semakin mendapat sambutan apabila

beberapa kumpulan dari Kuantan dan negeri-negeri lain, turut menyatakan kesediaan untuk menyertai mereka.

Pujian untuk unit amal PAS

NONE Seorang aktivis dari Johor, Chong Chun Yet memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan keluarganya seramai empat berhasrat untuk menyertai perjalanan itu sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Kuantan.

Chong,  dari kumpulan yang dikenali sebagai Johor Yellow Flame , adalah antara aktivis yang membantah pembinaan projek penapisan minyak dan gas Petronas di Pengerang.

Terdahulu hari ini, kumpulan seramai 51 itu bergerak selama sembilan jam dari Gambang ke Seri Jaya, di mana mereka akan bermalam di dewan pelbagai guna.

Wong juga menyatakan penghargaan kepada pasukan unit amal PAS yang mengiringi mereka sepanjang perjalanan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS