Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap  ketegasan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bermaksud parti itu berpendapat ia boleh mengawalnya.

Menggunakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai contoh, Dr Mahathir mendakwa DAP menggunakan Nizar kerana ia mempunyai kerusi majoriti dan menteri besar tersebut membenarkan lanjutan pajakan tanah di sana (di kampung baru) selama-lamanya, daripada 99 tahun sebelumnya.

NONE "Ketegasan DAP menyokong Anwar adalah semata-mata untuk

mendapat sokongan orang Melayu," katanya.

"Mengapa tidak (presiden) PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) atau (pengerusi DAP) Karpal Singh? Dia (Karpal) telah berjuang untuk sekian lama dan mungkin dia patut jadi PM. Anda tahu, orang yang menjadi PM akan dapat gelaran 'Tun' dan mungkin kita boleh panggil Karpal 'Tun Karpal' dan Tun Anwar'," katanya secara berseloroh.

Katanya, syor PAS supaya Hadi menjadi perdana menteri menunjukkan bahawa terdapat perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat walaupun mereka belum berkuasa.

Mahathir menegaskan demikian ketika ditanya mengenai syor Dewan Ulama PAS sewaktu muktamar parti itu minggu lalu, supaya Hadi menjadi perdana menteri.

Sebelum itu, Dr Mahathir melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di ibunegara hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS