Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Media tak perlu main isu Hadi calon PM
Diterbitkan:  Nov 21, 2012 4:20 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Selepas beberapa hari diserang media pro-BN berhubung calon perdana menteri Pakatan Rakyat, PAS berusaha untuk melenyapkan polemik yang timbul ekoran tafsiran oleh media berhubung ucapan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali turut menjelaskan bahawa sokongan kepada Abdul Hadi sebagai calon perdana menteri Pakatan bukan pendirian rasmi parti tersebut.

Lidah parti PAS Harakahdaily semalam memetik kenyataan Mustafa yang mengingatkan pemimpin Pakatan dan penyokongnya bahawa calon perdana menteri bagi kerajaan Pakatan itu tidak harus menjadi politik.

Katanya, isu berkenaan hanya dibangkitkan semasa perbahasan dan bukan sebahagian daripada ketetapan yang dicapai dalam muktamar minggu lalu.

"Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar," katanya seperti dipetik Harakahdaily .

Belau mengulas laporan di media pro-BN berhubung cadangan oleh perwakilan PAS supaya Abdul Hadi dilantik menjadi perdana menteri sekiranya PAS memenangi lebih banyak kerusi daripada parti dalam Pakatan.

Media berkenaan, terutamanya Utusan Malaysia yang dimiliki Umno, menonjolkan isu berkenaan dengan memetik kenyataan pemimpin bawahan PAS yang menyokong cadangan tersebut.

Akhbar berkenaan juga menonjolkan kenyataan pemimpin DAP yang berkeras supaya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri.

Selain itu, laporan berkenaan turut memetik kenyataan pemimpin BN yang berpendapat, pertikaian di antara PAS dan DAP itu mendedahkan ketamakan kuasa Pakatan.

Dalam laporan Harakahdaily itu, Mustafa juga menyatakan bahawa cadangan daripada sayap ulama dan muslimat parti itu hanyalah "luahan sayang para perwakilan".

Tambahnya, Pakatan memerlukan sokongan ketiga-tiga parti komponen untuk membentuk kerajaan di semua negeri, selain negeri Kelantan.

ADS