Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan RM40j: PKR serah bukti baru kepada ICAC
Diterbitkan:  Nov 22, 2012 3:31 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

PKR telah menyediakan kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong dengan beberapa bukti baru untuk siasatan terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh pada tahun 2008 menyeludup wang ke Kuala Lumpur.

Butiran itu diserahkan kepada ICAC pagi ini berikutan janji Ketua Pendakwa Hong Kong, Paul Zervos untuk membuka semula siasatan tersebu jika ada bukti baru.

Delegasi parti itu, yang diketuai oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, menyerahkan satu laporan bersama dokumen sokongan mengenai tiga perkembangan terbaru yang boleh membantu siasatan tersebut:

1.      Kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2.      Kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Dakwaan hubungan antara Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz - orang yang memberitahu Parlimen bahawa wang itu adalah sumbangan politik - dengan Michael Chia, ahli perniagaan dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rafizi berkata delegasi PKR telah mengadakan perbincangan dengan para pegawai ICAC mengenai ketiga-tiga isu, manakala menekankan bahawa mereka percaya tuntutan pihak berkuasa Malaysia bahawa RM40 juta adalah "derma politik" adalah tidak benar.

Lebih banyak bukti tidak lama lagi

"Selain daripada perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR juga bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti, termasuk bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC itu dalam tempoh tiga minggu untuk membantu siasatan ICAC," katanya.

Sebelum ini, Zervos telah memberitahu Free Malaysia Today (FMT) bahawa Hong Kong tidak mempunyai "bukti yang mencukupi" pada masa itu "siasatan lanjut kes itu".

Laporan itu memetik Zervos sebagai perkata bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah ia merupakan sumbangan politik.

Kata Zervos lagi, jika ada apa-apa yang baru untuk menunjukkan bahawa ia bukan sumbangan politik, perkara itu sudah tentu akan disiasat lagi.

[Baca berita penuh]

ADS