Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga saham Lynas melonjak lepas umum operasi
Diterbitkan:  Nov 30, 2012 12:10 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Harga saham pengeluar nadir bumi Lynas Corp melonjak sehingga enam peratus selepas mengumumkan untuk memulakan operasi di loji pemprosesan di Gebeng, yang tergendala beberapa lama.

Laporan Reuters menyebut, saham Lynas melonjak 4.4 peratus kepada A$0.71 (RM2.25) pada 7.14 pagi waktu Malaysia, namun masih berada di bawah paras A$1.50 (RM4.77) yang dicatat pada awal tahun ini.

Pengerusi eksekutif Lynas Nicholas Curtis yang dipetik agensi berita itu berkata, permulaan operasi itu sedang berjalan di loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

Menurut Curtis, jualan komersial dan pengeluaran hasil daripada operasi berkenaan akan dapat dijalankan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Lynas berhasrat untuk berkongsi nilai projek berkenaan dengan pihak berkepentingan termasuk masyarakat di Gebeng, kata Curtis.

Laman Facebook rasmi Lynas pula menyebut, syarikat itu memasang satu papan tanda elektronik dipasang di pintu pagar lojinya untuk mengumumkan maklumat kualiti air dan udara semasa.

[Baca berita penuh]

ADS