Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 8,500 posmen di seluruh negara bakal menikmati waktu bekerja lima hari seminggu mulai 1 Januari depan berbanding

enam hari sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    

Beliau berkata kesemua posmen berkenaan adalah sebahagian daripada 16,500 kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang layak untuk menikmati waktu bekerja baru itu selain daripada pekerja sektor  perkeranian.  

    

Rais bagaimanapun berkata bagi kakitangan di Sabah dan Sarawak, penyelarasan waktu bekerja baru itu hanya berkuatkuasa pada 1 Feb 2013 kerana Pos Malaysia memerlukan lebih masa bagi membuat penyelarasan termasuk dari segi pentadbiran.

    

"Kedua-dua negeri ini (Sabah dan Sarawak), Pos Malaysia perlukan tempoh empat minggu lebih daripada di Semenanjung untuk membuat penyusunan operasi dan pentadbiran dengan mengambil kira keadaan geografi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama wakil Kesatuan-kesatuan Sekerja Pos Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, hari ini.

    

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta Pengerusi Pos Malaysia Berhad Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Rais berkata bagi kakitangan yang perlu bekerja pada hujung minggu terutama di kompleks membeli-belah mereka layak untuk menikmati bayaran atau imbuhan lebih masa yang munasabah.

    

Beliau berkata penyelarasan waktu berkerja baharu dari enam hari kepada lima hari seminggu merupakan satu daripada bukti bahawa pelbagai transformasi yang dilakukan oleh kerajaan adalah bersifat kasih sayang.

    

"Kerajaan sayang dengan semua rakyat sebab itu kita selaraskan sedikit demi sedikit...ini satu penghormatan buat warga Pos Malaysia," katanya.

    

Sementara itu Presiden Kesatuan Penolong Eksekutif Pos Malaysa Berhad Jamaluddin Kassim berkata dengan penyelarasan waktu berkerja baharu itu, warga Pos Malaysia terutama posmen kini mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga.

    

Menurutnya perjuangan untuk mengurangkan waktu berkerja itu dibuat sejak 1992.

- Bernama

ADS