Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah urusan kumpulan Gamuda Bhd Datuk Lin Yun Ling berkata beliau tidak mengetahui tentang desas-desus pasaran bahawa sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang menimbangkan untuk membeli kumpulan itu.

    

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung kumpulan itu di Shah Alam hari ini, Lin berkata: "Saya tidak mendengar tentang itu. Bagus, nanti harga saham saya akan meningkat".

    

Saham Gamuda didagangkan pada RM3.58, naik 0.28 peratus, hanya enam minit selepas bermulanya sesi petang.

    

Bercakap tentang kontraknya yang akan tamat pada Jun 2013, Lin berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga dan enggan membuat penjelasan lanjut.

Sementara itu, Lin telah menggandakan pegangan sahamnya dalam syarikat itu, daripada 1.7 peratus kepada 3.25 peratus.

    

"Saya rasa pemegang saham, institusi dan pengurus dana akan merasa lebih yakin jika saya memegang lebih banyak saham," katanya.

    

Nilai perolehan kontrak syarikat berasaskan prasarana itu dicatatkan pada lebih RM4.0 bilion sementara simpanan tanahnya bernilai lebih RM10 bilion.

    

Lin berkata kumpulan mungkin membida untuk kontrak landasan berkembar (Gemas-Johor Baharu) apabila ia dibuka untuk tender tahun depan.

- Bernama

ADS