Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor rai kunjungan BJ Habibie, sampaikan pidato
Diterbitkan:  Dec 6, 2012 6:38 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Kerajaan Selangor meraikan kehadiran bekas presiden Indonesia BJ Habibie dengan memberi penghormatan menyampaikan pidato bertajuk "Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi" di Dewan Pro-Canselor kampus Universiti Selangor di Shah Alam, pagi ini.

Dalam pidatonya, tokoh pemimpin republik itu berkongsi pengalaman mengenai proses transisi Indonesia ke arah demokrasi dan juga pengalaman pembangunan teknologi industri penerbangan di republik itu.

NONE Malah, BJ Habibie atau nama sebenarnya Prof Dr Ir Bacharuddin Yusuf Habibie juga terkenal kerana membebaskan tahanan politik sebaik sahaja dipilih sebagai presiden menggantikan Soeharto.

"Penjara itu hanya untuk mereka yang melakukan jenayah dan merosakkan keamanan negara bukan untuk orang politik yang berpandangan lain dengan anda. Kita tidak boleh menahan seseorang atas sebab dia tidak setuju dengan anda," katanya ketika menyampai pidato.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memuji usaha keras Habibie menyuburkan demokrasi, membebaskan tahanan politik sebaik saja menjadi presiden dan mengembalikan hak sivil seperti kebebasan berpersatuan, berhimpun dan kebebasan media.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berbangga dengan kunjungan tokoh yang mesra dipanggil Pak Habibie kerana mereka mempunyai persamaan iaitu menceburi dunia politik untuk menyumbang kepada negara dan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

NONE Khalid berkata pengalaman tokoh itu boleh dijadikan inspirasi dan motivasi untuk berjaya dalam bidang ilmu pengetahuan untuk jaminan kerjaya dan kebijaksanaan menjadi pemimpin politik yang berprinsip dan mengutamakan hak rakyat.

"Sebagai Presiden, Bapak BJ Habibie berjaya laksanakan pilihan raya umum 1999 dengan penyertaan 48 parti politik dan berjaya membawa perubahan mendalam bagi menjamin kestabilan, pendemokrasian dan reformasi di Indonesia," kata Khalid.

Pejabat Menteri Besar turut meraikan kunjungan BJ Habibie dengan mengadakan majlis makan malam semalam di Hotel Concorde Shah Alam yang turut dihadiri Anwar.

ADS