Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis nafi benarkan aktiviti BN, Pakatan berdekatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menafikan bahawa pihak polis membenarkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat mengadakan aktiviti di kawasan berdekatan yang mencetuskan pergaduhan semasa ceramah PKR di Gombak tiga hari lalu.

Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), kata Tun Hisan, polis tidak lagi mengawal perhimpunan kerana Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah digantikan dengan PAA.

NONE Tun Hisan (kanan dalam gambar) menjelaskan di bawah Seksyen 9

PAA, penganjur mana-mana perhimpunan awam bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menolak dakwaan bahawa polis membenarkan kedua-dua pihak mengadakan aktiviti mereka rapat antara satu sama lain.

"Itu tidak benar. Selepas Seksyen 27 Akta Polis digantikan dengan PAA, polis tak regulate (mengawal) lagi (perhimpunan), mereka perlu

maklumkan kepada polis (sebelum perhimpunan diadakan)," katanya kepada Malaysiakini di luar sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

NONE Bagaimanapun, Tun Hisan enggan mengulas parti yang gagal mematuhi undang-undang, tetapi menegaskan perkara itu akan disiasat.

Menurut Seksyen 9 PAA, penganjur mesti memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Kegagalan untuk mematuhi bermakna menghadapi denda maksimum RM10,000.

'Jadi masyarakat matang'

Dalam sidang akhbar tersebut, Tun Hisan menasihatkan semua parti politik supaya mematuhi undang-undang dan memaklumkan kepada polis sebelum mengadakan sebarang ceramah.

"Kerajaan telah memberi kelulusan kepada PAA, jadi berhimpunlah dengan aman. Jadilah sebuah masyarakat yang matang.

"Apabila nak berhimpun, hantar notis kepada polis, maklum. Ikut peraturan mengikut Seksyen 9 PAA.

"Jadi, jika (buat) begitu, (jadi) masyarakat matang, (maka) pihak polis pun boleh jaga, kawal keselamatan, lalulintas, dan sebagainya, jadi amanlah perhimpunan itu. Itulah masyarakat yang kita nak, jangan menimbulkan politik kebencian," tambah Tun Hisan.

Beliau juga berkata bahawa polis Gombak sedang menyiasat kes itu, dan sehingga ini, lebih lima kenyataan telah direkodkan.

Tun Hisan juga menolak kritikan orang ramai bahawa pihak polis tidak melakukan apa-apa dalam banyak kejadian keganasan politik sejak kebelakangan ini.

NONE "Siapa 'orang ramai' yang tak nampak (tindakan yang diambil oleh

pihak polis)? Kami menyiasat, kita menangkap dan mendakwa pihak yang menjejaskan ketenteraman awam.

"Macam mana boleh kata tak nampak? Tak baca paper (akhbar)?" soalnya.

Dua penyokong Pakatan Rakyat dan seorang penyokong BN cedera dalam pergaduhan semasa ceramah yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak pada malam Selasa.

Kedua-dua BN dan Pakatan menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain, mencetuskan keganasan.

[Baca berita penuh]

ADS