Pejabat JPJ Petaling Jaya tutup sementara hari ini
Diterbitkan: Dec 10, 2012 9:18 AM | Dikemas kini: Dec 10, 2012 5:10 PM
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Petaling Jaya, Selangor tidak akan beroperasi buat sementara waktu esok.
Menurut kenyataan JPJ Selangor semalam, penutupan itu berpunca daripada gangguan bekalan elektrik berikutan kerja membaik pulih bangunan yang sedang dijalankan.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan boleh mengunjungi pejabat JPJ berhampiran iaitu cawangan Shah Alam, Bangi atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Bernama

