Dua angkat sumpah anggota Dewan Negara
Diterbitkan: Dec 17, 2012 11:42 AM | Dikemas kini: Dec 17, 2012 12:42 PM
Aktivis pekerja, Chandra Mohan dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.
Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Chandra, 59, yang juga timbalan pengerusi DAP bahagian Hulu Langat dilantik sebagai senator buat kali pertama.
Sementara itu, Syed Husin, 76, dilantik untuk penggal kedua selepas tempoh penggal pertamanya tamat pada 16 Dis.
Pelantikan kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.
-Bernama

