Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa DAP bukan parti anti-Melayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tertinggi pusatnya (CEC).

Beliau berkata DAP terbuka kepada semua bangsa.

Lim Guan Eng at DAP AGM Pada pemilihan parti semasa kongres kebangsaannya Sabtu lepas, tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih untuk jawatan di dalam CEC, bagaimanapun dua orang - Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari - dilantik anggota CEC kemudian.

"Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," katanya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menggesa media supaya menghentikan laporan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap parti itu.

"...bagaimanapun pihak ini juga yang mengkritik DAP hanya kerana kami melantik dua anggota Melayu ke CEC. Kami menerima keputusan dan pemilihan para perwakilan pada kongres kebangsaan itu," katanya kepada pemberita di Georgetown.

-Bernama

ADS