Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khazanah jual pegangan dalam Time Engineering

Khazanah Nasional Bhd bercadang untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuiti, kira-kira 45 peratus dalam Time Engineering Bhd, melalui proses tender, kepada seorang usahawan Bumiputera yang berkelayakan.

    

Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata cadangan penjualan Time Engineering berkenaan merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu kerajaan dalam menggalakkan keusahawanan dan meningkatkan ekuiti Bumiputera.    

    

Time Engineering, yang menyediakan penyelesaian bagi e-dagang, keselamatan siber dan infrastruktur pintar bersepadu, disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

    

"Time Engineering telah dipilih untuk proses penjualan ini kerana ia boleh menawarkan peluang untuk pihak yang memperoleh memanfaat kepakaran Time Engineering dan mengambil bahagian dalam lanjutan potensi konsesi dengan kerajaan yang akan tamat pada 2014.

    

"Pelupusan ini juga akan membolehkan Time Engineering menikmati faedah strategik dan kewangan melalui pemilikan dan pengurusan syarikat Bumiputera yang layak yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan," katanya.

Pemegang saham baru Time Engineering akan dipilih mengikut pertimbangan kewangan dan strategik. Senarai kriteria akan disenaraikan pada pelawaan untuk membida ekuiti dalam masa terdekat, kata Khazanah.

- Bernama

ADS