Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar pemohonan batal AGM KPF 27 Dis
Diterbitkan:  Dec 25, 2012 4:28 PM
Dikemaskini: 11:55 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya untuk membatalkan mesyuarat agung tahunan (AGM) koperasinya yang dijadualkan pada 27 Disember.

Harakahdaily melaporkan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim juga memberi kebenaran kepada KPF untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung perkara yang sama.

SKM telah membatalkan AGM pada 20 Jun dan mengarahkan KPF, dalam surat pada 4 Disember, mengadakan satu lagi AGM untuk menyelesaikan konflik dalaman, termasuk pemilihan ahli lembaga pengarah bagi penggal 2012/13.

NGO yang berkaitan dengan PAS - ANAK - telah mempersoalkan pelantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi KPF dan Pengurus Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai KPF setiausaha koperasi itu

[Baca berita penuh]

ADS