Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
18 sertai mogok lapar 100 jam di Dataran
Diterbitkan:  Dec 25, 2012 4:50 PM
Dikemaskini: 11:52 PM

Lapan belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8 malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru.

Pesertanya  - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara -  hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut.

Antara lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran Merdeka.

Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan masyarakat sivil.

[Baca berita penuh]

ADS