Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarang urusan kumpulan Media Prima Datuk Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamalluddin.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

NONE Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas Sistem Televisyen Malaysia Bhd dan produser TV3 Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di New Straits Times Sdn Bhd sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri Asmuni bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya.

[Baca berita penuh]

ADS