'Idea baru' tahan senarai calon Gerakan
Diterbitkan: Jan 5, 2013 2:00 PM | Dikemas kini: Jan 5, 2013 3:28 PM
Strategi baru untuk pilihan raya umum ke-13 nampaknya menyebabkan senarai calon Gerakan belum dimuktamadkan.
"Gerakan akan muktamadkan senarai itu sebelum hujung bulan ini dan masih perlu mempertimbangkan beberapa cadangan," kata setiausaha agungnya Teng Chang Yeow.
Teng yang juga pengerusi BN Pulau Pinang berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya di Kuala Lumpur semalam.
Selain Pulau Pinang, dipercayai parti itu juga masih berunding untuk senarai di Kedah dan Johor.
Menyentuh tentang kelewatan itu, Teng berkata, terdapat "idea dan pendekatan baru" untuk dipertimbangkan parti itu sebelum mengesahkan senarai calon.

