Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang aktivis Bendera Rakyat, Mohd Haizal Yatizan berkata beliau "geram" dengan satu kain rentang misteri yang dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Haizal, 29, berkata beliau sendiri akan menurunkan kain rentang yang disifatkannya sebagai usaha sabotaj ke atas Bendera Rakyat, yang pernah dikibarkannya semasa sambutan ambang tahun baru 2013.

NONE "Saya akan cabut (kain rentang) sekarang. Saya tidak mahu nanti orang kata kami pula (yang bertanggungjawab memasangnya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.

Bendera Rakyat merupakan bender yang dipromosi oleh Mohd Haizal dan rakan-rakannya.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kumpulannya bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.

Tambahnya, kumpulannya juga tidak berniat untuk menukar bendera Malaysia apabila mengibarkan Bendera Rakyat semasa sambutan ambang tahun baru dan juga ketika ambang hari kemerdekaan tahun lalu.

"Bukan. Kami bukan nak suruh tukar bendera. Tak ada langsung kata nak tukar bendera. Kami cuma cerita mengenai sejarah. Suruh orang ramai tahu tentang sejarah bendera itu. Itu sahaja.

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4 "Sedangkan pada malam 31 Ogos pun kami bawa bendera Malaysia. Kami memang nafikan. Lagipun kami bukan buat kain rentang macam itu. Kami pakai kain buruk biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Kain rentang misteri yang dikesan hari ini menunjukkan tanda pangkah pada imej bendera Malaysia dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Bendera ini mesti dibuang" (This flag must go).

Imej Bendera Rakyat dalam kain rentang itu pula ditanda rait, dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Ubah" (Change).

Selain itu, kain rentang itu juga mempromosi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dengan tulisan "1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 2013 #KL112.

Sementara itu, seorang kakitangan stesen LRT Abdullah Hukum memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan mengenai kain rentang itu oleh beberapa orang penumpang pada sekitar jam 9 pagi.

Ditanya sama ada petugas LRT akan menurunkan kain rentang tersebut, kakitangan yang enggan dinamakan itu berkata pihaknya tidak dapat berbuat demikian kerana jejantas itu bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

ADS