Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemerhati p'raya kata hanya diterima sebagai 'pelancong'

Satu kumpulan pemerhati pilihan raya antarabangsa menawarkan khidmat mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya namun kemudiannya diberitahu bahawa mereka hanya dialu-alukan dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai pelancong.

Jurucakap Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika, Dr Inayat Malik berkata, beliau dengan itu berpendapat bahawa peranan mereka sebagai pemerhati tidak akan dipenuhi dalam kapasiti tersebut.

Beliau serta dua lagi dari jawatankuasa tersebut, Dr Mirza Baig dan Mazen Asbahi, berada di Malaysia atas jemputan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk misi pencarian fakta yang melibatkan kunjungan ke SPR pada 8 Januari.

Dalam satu sidang media di Subang hari ini, beliau berkata pemerhati antarabangsa memainkan peranan penting dalam memastikan bagi memastikan integriti pilihan raya kerana ia akan menunjukkan bahawa kerajaan tiada perkara yang hendak disembunyikan.

[Baca berita penuh]

ADS