Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan wartawan Pulau Pinang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri untuk mengenakan tindakan penggantungan kerja selama tiga bulan ke atas seorang anggota sukarelawan rondaan (PPS) yang mengaku menyerang salah seorang rakan mereka bulan lalu.

Anggota exco Phee Boon Poh yang mengetuai panel siasatan kes tersebut meminta wakil kumpulan wartawan supaya merayu keputusan oleh panel berkenaan yang dibuat pada 11 Januari lalu.

"Tolong hantar rayuan anda. Jawatankuasa ini sedia untuk menyemak semula keputusan, kita mendengar (suara) rakyat," kata Phee dalam satu sidang media untuk mengumumkan tindakan ke atas anggota sukarelawan tersebut semalam.

Wakil Persatuan Wartawan dan Jurugambar Cina Pulau Pinang (Pewaju) Law Chan Yee turut menganggotai panel yang memutuskan untuk menggantung sukarelawan tersebut, Lim Ah Chye, daripada tugasnya.

Lim, 52, pada 30 Disember lalu menyerang dan mencederakan Ang Kean Siang dari Guan Ming Daily ketika jurugambar itu sedang bertugas membuat liputan satu kes bunuh diri di Jalan Makloom.

[Berita penuh menyusul]

ADS