Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu kerajaan berhubung pembelian tanah untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kecewa dengan pendakwaan yang didakwanya "lari dari kebenaran".

NONE Bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ling berkata beliau kecewa dan marah kerana berpendapat timbalan pendakwa raya takut untuk menghadapi kebenaran.

Hakim Ahmadi Aswani sebelum itu menangguh perbicaraan kepada 18 Februari untuk menentukan representasi pembelaan bagi mengugurkan pertuduhan ke atas Ling, berdasarkan keterangan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua pendakwaan Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon penangguhan untuk mengkaji representasi tersebut.

Ling membangkitkan bahawa Mahathir memberitahu tidak berasa ditipu dan keputusan kabinet ke atas PKFZ merupakan keputusan bersama dan muktamad.

Katanya, Mahathir juga memberitahu bahawa projek itu tidak menyebabkan apa-apa kerugian kepada kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS