Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

NONE "Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.

Azrul bagaimanapun ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan terbabit.

Polis juga setakat ini masih belum menghubunginya mengenai siasatan berkaitan dakwaan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

NONE "Saya tidak maklum mengenai laporan polis yang didakwa dibuat Jumaat lalu jadi saya tidak boleh komen," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini .

Laporan polis berkenaan dikesan diterbitkan semula di beberapa blog hari ini.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad (gambar atas) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dari Bank Islam tersebut.

Satu kenyataan yang diperolehi Bank Islam pada petang ini turut mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat pada 18 Januari dan bank tersebut turut membuat satu lagi laporan polis hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS