Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia), lapor Bernama .

NONE Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

 who entered via the Rafah crossing from Egypt along with his Foreign Minister Anifah Aman and other officials as well as former PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa, was met by Hamas prime minister Ismail Haniya.

Manakala agensi berita asing melaporkan Najib yang masuk melalui lintasan Rafah dari Mesir bersama dengan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan para pegawai lain serta bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Sebelum itu, Bernama melaporkan Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

NONE Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.

Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.

 

 

 

ADS