Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghormati pandangan Majlis Syura PAS mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi pendirian Pakatan Rakyat mengenai isu itu tidak berubah.

Beliau berkata, membaca kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh diambil membawa maksud bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi terdapat kebimbangan mengenai penyalahgunaan kalimah tersebut.

"Saya telah membaca kenyataan Majlis Syura dan kenyataan presiden PAS. Kami menyokong kenyataan dan kebimbangan mereka... Saya terikat dengan pandangan Islam dalam perkara itu," katanya.

Menurut Anwar, beliau juga mengakui terdapat kebimbangan mengenai penyalahgunaan kalimah tersebut.

Laporan media arus perdana, dakwanya, ditujukan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam, dengan laporan orang mengedarkan salinan Bible (bahasa Melayu) kepada kanak-kanak Islam (di sekolah).

"Jika ini benar, maka siasatlah dan dakwa (mereka yang terlibat)," kata Anwar hari ini.

Bagaimanapun, tegasnya pendirian Pakatan adalah jelas dan pihaknya tidak bertolak ansur dengan perbuatan merendah-rendahkan agama lain.

"Kami akan menyokong dan mempertahankan kesucian Islam dan juga agama-agama lain, kerana ini bukan hanya diwajibkan kepada umat Islam, tetapi juga dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. "

[Baca berita Penuh]

ADS