Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan membatalkan projek kondomonium kontroversi di Batu Caves yang diakuinya dibuat tanpa rundingan dengan pemaju terlibat.

Beliau juga menggesa pemaju tersebut, syarikat Dolomite Corp Bhd agar berhubung dengan Majlis Perbandaran Selayang bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keputusan itu.

"Dia (pemaju) mesti berhubung dnegan pihak berkuasa tempatan Selayang. Kita ada asas dalam membuat keputusan itu. Ia dibuat sebelum kita panggil semua mereka untuk diterangkan keputusan itu," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Pengarah urusan syarikat tersebut, Lew Choong Keong pada  25 Januari lalu dilaporkan menyatakan rasa kecewa dan terkejut atas keputusan pembatalan berkenaan.

Lew yang dipetik dalam laporan theSun berkata, mereka sebelum ini cuba bertemu menteri besar dan pihak berkuasa berkaitan tetapi tidak diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Beliau juga kecewa kerana keputusan itu dibuat semata-mata dengan syor jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan bangunan berkenaan.

Khalid mengemukakan alasan berkenaan ketika mengumumkan pembatalan projek kondominium 26 tingkat tersebut, sehari sebelum itu.

Beliau juga berkata, keputusan itu juga untuk menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.

Kontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada sekumpulan masyarakat India yang mahu projek tersebut dihentikan.

Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebelum ini turut berjanji akan membatalkan projek itu sekiranya BN berjaya merampas Selangor.

ADS