Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Warga Indonesia, Yuhanis Banggol, yang mendapat kad pengenalan (IC) biru dalam tempoh enam tahun selepas tiba di Sabah berkata,  IC itu diberikan kepadanya dengan syarat dia menyokong kerajaan ketika itu.

Pendatang berusia 57 tahun itu, yang tiba di Sabah pada tahun 1973 berkata, beliau menemui pegawai di Tawau Mahkamah Orang Asal Tawau, yang menyampaikan mesej itu kepadanya.

Ini berlaku pada tahun 1978, apabila Yuhanis bersetuju dengan cadangan pegawai tersebut dan menerima IC biru pada tahun berikutnya.

"Dia (pegawai mahkamah itu) minta, jadi saya sokong kerajaan," katanya dalam siasatan RCI di kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ditanya sama ada ini bermakna sokongan melalui pengundian, Yuhanis menjawab: "Ya".

Dalam tempoh ini, kerajaan BN berkuasa di Sabah, yang diketuai oleh Berjaya, yang memerintah dari 1976 hingga 1985.

Yuhanis berkata dia hanya membayar RM12 untuk kad pengenalan biru itu dan tidak perlu memberikan apa-apa dokumen. Kad pengenalan itu mencatatkan dia dilahirkan di Tawau.

Dia mendaftar sebagai pengundi pada tahun 1981 dan mengundi dalam pilihan raya tahun itu, yang menyaksikan Berjaya mengekalkan kuasa, dan telah mengundi dalam setiap pilihan raya selepas itu.

Keterangan yang diberikan hari ini menunjukkan bahawa pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang, sudah lama berlaku daripada yang disangkakan, walaupun ia tidak jelas sama ada ini dilakukan secara tersusun.

Satu lagi kes yang serupa membabitkan warga Indonesia, Berahim Abdullah, 54, yang juga memberi keterangan hari ini. Beliau tiba di Sabah pada tahun 1980.

Berahim berkata, seorang rakan menemuinya pada tahun 1990 dan berkata dia boleh membantu mendapatkan kad pengenalan biru, tanpa memerlukan apa-apa dokumen.

Selepas memberi gambarnya, Berahim berkata, beliau dimaklumkan oleh rakannya supaya mengambil kad pengenalan biru itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata sejak itu, beliau telah mengundi sebanyak empat kali di DUN Kunak.

Ditanya oleh peguam pemerhati James Ghani mengapa dia mendaftar sebagai pengundi, Berahim menjawab: "Untuk sokong kerajaan Barisan Nasional".

Kerajaan Sabah pada masa itu diketuai oleh PBS, yang ditumbangkan dalam pilihan raya negeri 1994.

Seramai enam orang saksi memberi keterangan hari ini dan sehingga ini 55 orang saksi telah berbuat demikian sejak RCI mula bersidang pada 14 Januari.

Ini adalah sesi kedua RCI, yang sepatutnya berakhir esok tetapi ditangguhkan hari ini. Ia akan disambung semula untuk sesi ketiga pada 22 Februari.

[Baca berita penuh]

ADS