Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib lawat 5 tempat ibadah, tapi membisu isu kalimah Allah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat lima tempat ibadah dalam tempoh dua jam dalam usaha yang jelas untuk melegakan hubungan antara agama, tetapi masih membisu tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu atau tentang ancaman untuk membakar kitab tersebut.

Perdana menteri memulakan tinjauan beliau pada pukul 4 petang dengan melawat sebuah gereja, sebuah surau dan kuil Cina, Hindu dan Buddha - semuanya di Brickfields, Kuala Lumpur.

Beliau menandatangani plak peringatan di setiap destinasi dan kemudiannya menyampaikan replika cek RM30,000.

najib razak visits 5 places of worship in brickfields Sikap beliau berdiam itu berbeza sama sekali dengan ramai ahli politik BN dan Pakatan Rakyat - yang masing-masing telah bercakap mengenai isu tersebut.

Antaranya ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok -  kedua-duanya menggesa supaya kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam Bible mengikut keputusan Mahkamah Tinggi - Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menentangnya, dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, yang menggesa semua pihak bertenang dan menegaskan perkara itu masih didengar di Mahkamah Rayuan.

Dalam ucapannya pada akhir 'Harmony Walk' sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama edunia, Najib membuat rayuan umum ke arah kesederhanaan dan menggesa rakyat Malaysia menolak ekstremisme.

najib razak visits 5 places of worship in brickfields temple "Saya selalu sebut bahawa masalah antara agama bukan disebabkan oleh agama itu sendiri, sebaliknya oleh fahaman melampau, fanatik dan memilih jalan keganasan.

    

"Kalau mereka memilih kesederhanaan, percaya kepada dialog, rundingan, menolak estremis... saya percaya dunia akan lebih aman najib razak visits 5 places of worship in brickfields signing plague dan harmoni," katanya.

Perdana menteri menggariskan tiga prinsip penting yang mesti

diamal dan dipatuhi setiap rakyat di negara ini untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang

aman, stabil dan harmoni serta menjadi model keharmonian dunia.  

Tiga prinsip itu ialah mengamalkan kesederhanaan, hormat menghormati antara satu sama lain dan pentingnya bersikap adil,

"Kerajaan BN akan mempertahankan dan mengamalkan prinsip-prinsip ini. Percayalah, ini adalah janji kami kepada rakyat Malaysia, dan janji-janji kami adalah 'Janji ditepati'," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS