Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga lelaki lari RM1.2j dari van syarikat keselamatan

Tiga lelaki merompak dan melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah kedai agensi nombor ramalan di Batu 1 Jalan Kapar di Klang petang semalam.

    

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukur Sulong berkata dalam kejadian pada 6.15 petang, van itu sedang berhenti bagi melakukan kutipan dan seorang pengawal keselamatan bersenjatakan sepucuk pump gun turun dari kenderaan itu manakala tiga lagi rakannya termasuk pemandu menunggu di dalam van.

    

Semasa kejadian, difahamkan van itu berhenti untuk mengutip wang dari kedai agensi nombor ramalan selepas mengutip wang dari beberapa pasar raya dan bank, katanya dalam sidang media di Klang.

    

Bagaimanapun, seorang lelaki memakai topi keledar tiba-tiba muncul dan mengacukan pistol sebelum menolak pengawal keselamatan itu ke dalam dan merampas pump gun daripadanya.

    

Katanya suspek bersenjata itu kemudiannya mengawasi pengawal keselamatan itu manakala dua lagi rakannya melarikan van ke suatu tempat yang tidak diketahui pengawal keselamatan terbabit yang perjalanannya mengambil masa 10 minit.

    

"Ketiga-tiga suspek itu kemudiannya melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang diisi di dalam dua beg karung dan beberapa beg kecil termasuk sepucuk pump gun yang digunakan pengawal keselamatan itu dengan menaiki sebuah van Nissan Vanette berwarna kelabu," katanya.

    

Mohd Shukur berkata sebelum melarikan diri suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu memecahkan cermin hadapan van dengan tukul besi kerana pintu van itu terkunci secara automatik.

    

Pengawal keselamatan berusia antara 20 dan 30 tahun itu  kemudiannya membawa van itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk membuat laporan polis.

- Bernama

ADS