Seorang saksi dalam perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini bahawa adiknya dibayar supaya mereka-reka tuduhan salah laku seks terhadap Anwar.
Mohd Azmi Ali, bekas setiausaha sulit Anwar, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa saksi utama pihak pendakwaan, Ummi Hafilda Ali, menerima wang bagi menfitnah bekas ketuanya itu.
"Sebagai seorang abang, saya menasihatkannya menjauhkan diri daripada konspirasi itu. Dia memberitahu saya bahawa dia tidak boleh (menjauhkan diri) kerana dia sudah berjanji dan wang sudah pun dibayar."
Azmin juga menyatakan Ummi yang sebenarnya bukanlah seorang individu seperti yang cuba digambarkan dan malah diketepikan oleh bapa mereka pada akhir 1998 "kerana lari ke luar negara bersama suami orang."
Ummi, sering muncul di mahkamah dengan fesyen pakaian dan perhiasan yang bergaya, pernah memberiathu akhbar bahawa dirinya masih dara. Beliau bersama Azizan, bekas pemandu isteri Anwar, menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menuduh pemimpin yang terpenjara itu melakukan seks sumbang.
Mereka berdua menarik semula tuduhan itu dan berkata mereka menulis surat itu kerana paksaan dan "semata-mata keraguan."
Azmin memberitahu Hakim Arifin Jaka bahawa surat itu tidak ditulis oleh Ummi. "Ummi pernah memberitahunya (Azmin) bahawa dia tidak menulis surat itu."
Peguam-peguam bela berhujah bahawa surat itu ditulis oleh musuh-musuh politik Anwar untuk menamatkan kerjaya politik bekas pemimpin nombor dua negara itu.
Azmin akan meneruskan keterangannya pada Isnin depan.
