Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Kit Siang dan Hadi mungkin jadi TPM
Diterbitkan:  Feb 28, 2013 4:10 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang mungkin dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar Sin Chew Daily , Anwar berkata undang-undang Malaysia tidak menghalang kerajaan melantik dua timbalan perdana menteri, tetapi Pakatan akan menghormati aspirasi rakyat dan bertindak mengikut proses demokrasi.

Bagaimanapun, Pakatan tidak berbincang secara lanjut mengenai isu jawatan timbalan perdana menteri, kerana mereka lebih prihatin terhadap isu-isu sosial dan agenda Pakatan, katanya.

Ketua pembangkan itu menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Anwar juga memberi jaminan bahawa Pakatan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud apabila ia berkuasa kerana mana-mana dasar yang dibuat mesti mematuhi perlembagaan persekutuan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yakin Pakatan akan mengalahkan BN dengan majoriti tipis, berikkutan gabungan itu telah berjaya menembusi negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS