Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Pelajaran Sabah hari ini menjelaskan tidak ada arahan penutupan sekolah dikeluarkan bagi daerah Tawau.

    

Timbalan Pengarahnya Maimunah Suhaibul berkata arahan itu hanya untuk sekolah di Lahad Datu, manakala sekolah di Kunak dan Semporna pula diberi cuti berganti selama tiga hari.

    

"Setakat ini, tiada arahan tutup sekolah dikeluarkan di daerah Tawau," katanya kepada Bernama di Tawau hari ini.

    

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sebuah sekolah rendah di Tawau yang meminta  ibu bapa datang mengambil anak masing-masing.

    

Maimunah juga meminta ibu bapa di daerah ini bertenang dan mengikuti

 

perkembangan semasa yang dikeluarkan pihak keselamatan negara.

    

"Sebarang perkara yang meragukan pihak sekolah atau ibubapa perlu merujuk kepada pihak berkuasa, jangan dengar khabar yang belum tentu sumbernya," katanya.

    

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi berkata keadaan di daerah berkenaan terkawal.

    

- Bernama

ADS